Wednesday, March 5, 2014

SOLAT MUSAFIR (JAMAK & QASAR)


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia. Entry saya pada hari ini berkenaan dengan Solat Jamak & Qasar. Mungkin ada diantara yang mengalami kekeliruan dalam melaksanakan solat ini ketika anda cukup syarat untuk melaksanakan Solat Jamak & Qasar. Terlebih dahulu saya memohon Tuan/Puan/Encik/Cik/Dato'/Datin/Ustaz/Ustazah/Tuan Imam/Tuan Guru dan seangkatan dengan nya jika ada salah dan silap mengenai penerangan bagi solat Jamak & Qasar ini saya menyeru agar kalian semua memperbetulkan & menegur saya yang jahil ini..

Terlebih dahulu kita perlu memahami makna Jamak & Qasar untuk memudahkan kita untuk melaksanakan solat ini..Makna Jamak ialah menghimpun dua solat ke dalam satu solat.  manakala Makna Qasar ialah memendekkan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat sahaja. Dalam melaksanakan Solat Jamak & Qasar ini  perkara yang paling penting ialah kita mesti niat terlebih dahulu setelah keluar dari rumah iaitu:- "Sahaja aku musafir kerana Allah Talla". (Kita boleh melakukan selama tiga hari tinggal bermukim.)

Dalam pelaksanaan Solat Jamak & Qasar selain memahami maknanya kita juga perlu mengetahui solat yang dibolehkan untuk di jamak iaitu solat Zohor dengan Asar dan Maghrib dan Isyak. 

Jamak terbahagi kepada 2 bahagian iaitu :


      Jamak Takdim
Solat Zohor dijamakkan dengan solat Asar dalam waktu zohor dan Solat Magrib dijamakkan dengan Isyak dalam waktu Magrib.

Syarat Jamak Takdim
  • Hendaklah dimulakan solat pada waktu yang pertama seperti Zohor kemudiannya diikuti dengan    Asar dan Maghrib kemudiannya Isyak 
  • Niat Jamak dalam solat yang pertama pada permulaan takbiratul ihram
  • Berturut-turut diantara solat pertama dan kedua

     Jamak Takhir
Zolat Zohor dijamakkan dengan Asar dan dilakukan dalam Waktu Asar. Manakala solat Magrib dilakukan pada Waktu Isyak.

Syarat Jamak Takhir :

  • Hendaklah diniatkan di dalam hati pada waktu yang pertama yang ia akan menangguhkan solatnya   hingga ke waktu yang kedua.
  • Masih berada dalam musafir hingga selesai kedua-dua solat.

SOLAT QASAR
Qasar ertinya memendekkan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat sahaja. Solat yang boleh dipendekkan ialah solat Zohor, Asar dan Isyak sahaja.

Syarat-syarat sah Solat Qasar ialah :


  •  Musafirnya tidak bertujuan maksiat.
  •  Perjalanannya melebihi 2 marhalah iaitu 60 batu / 96.6 km
  • Diniatkan qasar solat ketika takbiratul ihram
  • Tidak boleh mengikut imam yang sedang solat sempurna (Tamam)
  • Mengetahui solat qasar itu menjadi harus baginya
  • Mengetahui tempat yang hendak dituju, jika tiada tujuan atau matlamat tidak sah qasarnya
  • Tidak boleh qada qasar solat yang ditinggalkan semasa di tempat kediamannya tetapi solat yang ditinggalkan semasa dalam musafir boleh di qada'
  • Masih berada dalam musafir hingga selesai solatnya         

HAL-HAL YANG BERKENAAN DENGAN JAMA' DAN QASAR

Apabila seseorang itu bermusafir lebih dari dua marhalah maka ia harus melakukan solat qasar dan jama' sekali. Ertinya ia boleh menjama'kan di antara dua solat dan mengqasarkan sekali. Walau bagaimanapun, ia boleh melakukan di antara satu yang berikut :

  • Menjama'kan dua solat fardhu tanpa qasar
  • Menjama'kan dua solat fardhu dan qasar

Terdapat 2 kaedah yang boleh digunakan melalui cara ini : 

Niat Jamak Takdim & Qasar


Saya berharap jikalau ada yang tidak memahaminya dengan jelas silalah berjumpa dengan orang yang lebih arif dalam bidang ini.. Saya berharap agar entry ini memberi manfaat kepada kita semua.. "JADILAH INSAN SPECIAL DISISI ALLAH" 
Assalamualaikum.. 






Monday, March 3, 2014

KASUT FUTSAL

Assalamualaikum, Salam sejahtera & salam 1 Malaysia,, Hari ini saya hendak berkongsi tentang kasut futsal yang saya pernah pakai sebagai panduan.. ramai yang tidak mengetahui bahawa membeli kasut futsal juga perlu di nilai daripada bentuk kaki kita.. jadi pilihlah dengan bijak mengikut kesesuaian kaki anda jangan terlalu ketat kerana akan menyebabkan kaki anda melecet dan tidak juga terlalu longgar dengan alasan nak pakai lama sikit, tak payah la nak lama sangat sebab kasut futsal nie kebiasaannya boleh tahan 1 tahun lebih atau kurang daripada itu mengikut kekerapan anda bermain.. jadi sekadar prkongsian hari ini saya kongsikan kasut futsal yang saya pernah pakai..

1. Nike Total 90 Shoot III 
Harga : RM199.00
beli kat al-ikhsan sunway pyramid
boleh tahan selama 1 tahun lebih
kasut nie memang best gila pakai.. 
 4.5 star

 
2. Nike5 Elastico pro
Harga : RM199.00
beli kt al-ikhsan sunway pyramid juga
tahan lama sikit berbanding kasut pertama
x best sangat pakai kasut nie
4 star


3. Joma Sala Max 211 Piso Indoor
Harga : RM159.00
beli dekat world wide Shah Alam berhampiran tesco
kasut nie lama juga tahannya
first pakai kaki melecet x tau kenapa tapi lama2 elok dah
kasut nie selesa untuk di pakai
4.5 star

4. Kelme Alicante
Harga : RM139.00
beli dekat Samba Sports Studio kt Shah Alam berhampiran Uitm
kasut nie bru beli pakai pn x kerap sangat x tau tahap ketahanan nya macam mana 
tapak kasut nie terlampau tebal klu main atas court simen ok la tapi klu main atas court rubber x sedap
kasut nie berat sikit
3.5 star

 5. Mizuno Sala Club In
Harga : RM239.00
beli secara online kt Total Ground Futsal 
kasut nie baru beli 3 bulan lepas
nie kasut paling best skli yang pernah saya pakai
main la kt ats court apa sekali pun kasut nie tetap best
sapa2 yg nak cari kasut futsal 2 saya suggest yg ini la,, 
ringan pun ringan
5 star.  

bnyk lagi kasut yang cantik2 kt luar 2 tpi yg ini je yg sy bru merasa,.. jadi sebagai kesimpulannya beli kasut yang cantik, ringan, berkualiti dan mengikut kesesuaian kaki.. ..  biar la orang nak kata kasut lawa tapi main ntah pape hakikatnya orang tu jealous sebab kasut kita lawa,, hahahaaa.. bagi yang masih sekolah tu kumpul la duit sndiri jgn la mnyusahkan ibu ayah korang ye.. entry yg sy buat ini hanya sekadar pndangan sy.. mungkin pndapat kte berbeza jadi yg bagus jadikan ikutan yg x bgs jadikan tauladan.. saya tak tau sgt pasal kasut nie secara mendalam tetapi hanya sekadar pendapat.. terima kasih kerana sudi membaca entry ini.. Assalamualaikum..

Wednesday, October 9, 2013

MERAH KUNING KEBANGGAAN KU..

Persatuan Bola Sepak Selangor (Selangor Football Association-Selangor FA) atau lebih dikenali sebagai Selangor adalah sebuah persatuan bola sepak profesional mewakili negeri Selangor Darul Ehsan, bertanding dalam Liga Malaysia. Stadium Shah Alam merupakan gelanggang keramat Selangor semenjak 1994 hingga kini. Walaupun begitu, sebelum beralih ke Stadium Shah Alam, Stadium Merdeka merupakan stadium yang lebih banyak menyaksikan kegemilangan dan kejayaan Selangor dalam arena sukan bola sepak di mana Selangor telah menjulang Piala Malaysia sebanyak 25x di stadium ini .

  • Pencapaian
Selangor yang telah berjaya memenangi 32 gelaran juara Piala Malaysia, 7 gelaran juara liga divisyen 1, 2 gelaran juara liga divisyen 2, 5 gelaran juara Piala FA Malaysia, dan 8 gelaran juara perlawanan sumbangsih atau Perisai Sultan Haji Ahmad Shah, sekali gus menjadikan Selangor sebagai pasukan yang paling banyak menjuarai apa-apa jua piala kejuaraan tempatan dan segala rekod kejuaraan ini masih dipegang oleh pasukan Selangor hingga kini. Ini menjadikan Selangor selaku pasukan paling berjaya dalam Liga Malaysia, sekali gus juga menjadi pasukan yang paling dicemburui oleh hampir keseluruhan penyokong pasukan-pasukan bola sepak negeri yang lain.

http://faselangor.my/

-SAYANGI SELANGOR-

Monday, September 2, 2013

HIDAYAH MILIK ALLAH

Cara untuk mendapat hidayah Taufiq salah satunya adalah dengan berdo'a, Bersungguh-sungguh, bergabung dengan lingkungan yang kondusif, dan memperbanyak amal sholeh.

Ciri-Ciri orang-orang yang mendapatkan hidayah Taufiq adalah

1. Merasakan kemudahan dalam beramal sholeh (Hatinya terbuka untuk menerima Islam, rajin beribadah dan menuntut ilmu)
2. Bersemangat dalam mempelajari ajaran agama
3. Merasakan kerinduan kepada Allah
4. Istiqomah (Konsisten dalam melaksanakan Ibadah)
5. Shabar menghadapi ujian

http://caramendapathidayahallah.blogspot.com/

REZEKI MILIK ALLAH


KEBERKATAN rezeki adalah antara perkara utama yang mesti dititikberatkan dalam hidup. Rezeki bukan sekadar wang, harta, makanan dan minuman. Sebaliknya jodoh, anak, pangkat, nama baik, kedudukan dan sebagainya juga boleh disebut sebagai rezeki.
Namun dalam artikel kali ini merujuk rezeki kepada pendapatan yang kita perolehi sama ada dengan bekerja sendiri, mengambil upah atau makan gaji. Rezeki yang dicari dan diusahakan itu pula dibawa pulang ke rumah untuk diberi makan anak isteri. Ada orang memandang ringan akan isu keberkatan rezeki ini. Pada mereka ia hanya isu kecil yang tidak perlu diperbesarkan. Mereka ini tidak sedar wujudnya kaitan langsung antara keberkatan rezeki dengan nasib, kualiti perhubungan, kejayaan anak-anak, dan segala aspek kehidupan..

Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan rezeki tidak berkat. Pertama, kerana ia jelas datang dari sumber pendapatan yang haram seperti berjudi, rasuah, mencuri, menipu, nombor ekor, pelaburan haram dan seumpamanya. Namun, ada yang tidak menyedari bahawa secara halus rezeki itu boleh hilang keberkatan apabila kita yang dibayar upah atau digajikan untuk melakukan sesuatu pekerjaan, atau memikul sesuatu tugasan tetapi tidak melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Sebaliknya apa yang berlaku ialah pelbagai masalah di tempat kerja seperti curi tulang, datang lewat, malas, kerja tidak mencapai kualiti, melakukan kerja lain sewaktu dalam masa bekerja, main-main, dengki, irihati dan seumpamanya.
Oleh itu eloklah dalam artikel kali ini kita lihat apakah antara tanda-tanda keberkatan rezeki bagi membolehkan kita sama-sama melakukan audit diri atau muhasabah.
* Hati semakin dekat dengan Allah dan Jiwa Tenang

Tanda-tanda yang pertama bahawa rezeki itu berkat ialah hati semakin dekat dengan Allah. Kita bukan sahaja menjaga solat lima waktu sebaliknya ditambah dengan amalan-amalan sunat. Mulut juga sentiasa berzikir dan suka pula membaca dan menelaah al-Quran.

* Pemurah
Kita mudah untuk memberi sedekah dan menunaikan zakat.
* Jauh daripada kejahatan manusia dan bala
Kalau kita datang lambat, malas, kerja tidak bersungguh-sungguh, hasil kerja tidak berkualiti dan sebagainya, majikan akan menegur, menasihati dan mungkin mengambil tindakan. Namun, gaji penuh tetap diberikan. Majikan tidak pernah mengaudit gaji kita. Misalnya, katalah gaji kita ialah RM1500 sebulan. Disebabkan kita malas maka majikan bayar RM1200 sahaja. Sebabnya, RM300 ringgit itu dipotong atas sikap malas kita itu. Sebaliknya, apabila kita malas, majikan tidak pernah memotong gaji bulanan kita. Namun, kita lupa bahawa Allah menjalankan auditnya. Maka Allah tarik sebahagian rezeki itu dengan pelbagai ujian dan masalah dalam hidup yang datang bertimpa-timpa seolah-olah kita memang bernasib malang. Bulan ini telefon bimbit hilang, bulan depan kereta pula dipecah orang. Kalau begitulah keadaannya maka eloklah kita audit gaji yang diterima setiap bulan sebab bimbang kalau-kalau itulah punca kepada segala masalah tersebut.
* Keluarga harmoni dan anak-anak cemerlang
* Sentiasa merasa cukup dan syukur

http://www.islamituindah.my/

Sunday, May 5, 2013

FIKIR-FIKIRKAN SELAMAT BERAMAL


KATA MUTIARA


  • "Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman."
  •  "Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini"
  •  "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
  •  "Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang"
  •  "Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu"
  •  "Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah"
  •  "Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak"
  •  "Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan"
  •  "Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera"
  •  "Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat"
  •  "Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan."